semua orang pasti ada warna yang disukai atau diminati.betul tak?putih itu suci,biru itu pilu,hijau itu segar dan ungu itu romantik...warna telah mewarnai kehidupan hitam dan putih.setiap warna mempunyai maksud yang tersendiri.untuk isu ini,mari kita tengok apakah personaliti anda melalui lambang warna yang anda suka?
SUKA MERAH
-orang yang suka merah ialah seorang yang sentiasa bertenagadan mempunyai semangat yang sangat tinggi.tak kira menggunakan berapa banyak perbelanjaan atau masa.mereka juga akan memuaskan nafsu dan perasaan ingin tahu.sikap anda yang optimis tidak mudah berasa sedih apabila menghadapi masalah.mereka akan berikhtiar cari penyelesaian.
SUKA HIJAU
-orang yang suka hijau ialah seoarang yang mengejar kedamaian.anda pandai berkomunikasi dengan orang sekeliling.semua orang suka berkawan dengan anda kerana anda seorang yang peramah.selain itu,anda juga seorang yang sangat dipercayai dan dikagumi.mereka yang suka warna hijau juga suka memajukan diri.
SUKA MERAJ JAMBU
-mereka yang suka merah jambu sentiasa inginkan diri mereka menjadi muda.anda mengharapkan mempunyai imej yang anggun di pandangan orang lain.mereka yang suka warna ini kebiasaannya lelaki kacak dan jelitawan.merekan mempunyai tarikan yang semulajadi.orang lain amat selesa dengan tarikan itu.
SUKA COKLAT
-mereka sangat serius dan mempunyai pendirian yang sangat tegas.mereka takut unsur luar akan mempengaruhi kehidupan mereka.mereka adalah golongan yang sentiasa rasa kurang selamat.namun demikian,mereka sentiasa dipercayai apabila mereka melalukan sesuatu.oleh yang demikian,semakin ramai orang yang suka berkawan dengan anda.
SUKA KUNING
-mereka yang suka warna kuning ialah orang yang sangat kreatif dan mempunyai perasaan ingin tahu yang sangat tinggi.mereka mengambil berat apa yang berlaku di sekeliling mereka.mereka juga mempunyai pengetahuan yang sangat luas dan tinggi.ini adalah kebanggaan anda.anda tidak akan mengkhianati kawan baik anda.
SUKA BIRU
-mereka yang suka berwarna biru ialah orang yang sangat rasional dan tidak gelabah apabila berhadapan dengan masalah.mereka dapat menyelesaikan masalah dengan baik sekali.anda disanjung kerana mempunyai kecekalan yang sangat tinggi.anda juga mempunyai jiwa yang tenang.oleh yang demikian,anda dapat lihat dengan jelas apa yang berlaku di sekeliling anda.
SUKA UNGU
-mereka yang suka warna ungu kebiasaannya ialah seniman.mereka beremosi namun mempunyai pemerhatian yang sangat tajam.walaupun mereka kelihatan biasa,namun mereka mempunyai pendirian yang sangat tinggi.walaupun anda kelihatan sangat tegas,tapi sebenarnya isi hati anda sangat sunyi.
SUKA HITAM
-mereka yang suka warna hitam ialah orang yang sentiasa berfikiran positif dan mempunyai perancangan untuk masa depan.mereka kelihatan anggun dan elegan.di samping itu,anda juga seorang yang misteri.orang lain tidak dengan mudah dapat membaca apa yang tersirat di dalam kepala otak anda.
SUKA PUTIH
-putih selalu dikaitkan dengan suci.mereka yang suka putih ialah seorang yang jujur dalam segala hal.mereka juga suka kebersihan.bukan itu saja,mereka juga seorang yang suka berterus terang dalam setiap keadaan sekalipun dan tidak complicated.
jadi apakah personaliti anda.^__^

