adakah anda benar-benar mengenali boyz idaman you all?setiap karakter mereka dapat dilihat melalui pelbagai cara termasuklah perwatakan,pakaian,dan tidak lupa sepatu atau kasut kegemaran mereka.setiap orang cenderung memiliki cita rasa kasut yang berbeza-beza.sesekali cubalah gurl perhatikan selera kasut yang menjadi pilihan si dia dan you all akan tahu si dia dalam kategori boyz yang macam mana.baca tau...it's fun but nice..hehe.;)

FLIP FLOP
-kurang bertanggungjawab dan childish.bagi boyz yang gemar memakai flip flop atau selipar,mereka ni takut untuk terikat atau ada komitmen.kepada gurl yang ingin bercouple dengan mereka ini,lebih baik you all berteman tapi mesra dulu.sekiranya si dia sudah selesa dengan you all,nampak respons yang diberikan banyak yang positif.time tu barulah korang cucuk jarum untuk merebut hatinya.

SNEAKER
-santai dan selesa.boyz yang gemarkan sneakers ni lebih santai dan senang diajak keluar.tapi jangan salah sangka,biarpun santai namun bf mereka cukup romantik orangnya.lagipun boyz pencinta sneakers ni bukanlah orang yang sukar didekati.jadi,tak jadi masalah lah kalau korang teringin untuk mendekatinya.apa yang penting,korang perlu cool dan rileks apabila bersama mereka.jangan terlalu over atau gedik menunjukkan yang korang memang perlukan perhatian mereka sangat.ok!!sebab mereka anti dengan gurlz yang bersikap macam ni.rimas wehhhhhh!!

LOAFERS
-boyz yang tegas dan berprinsip.wow!!boyz yang suka memakai loafers adalah seorang yang berkarisma dan dikagumi oleh ramai orang.khususnya gurlz la :).selain itu,mereka ni juga baik hati dan penyayang orangnya.tapi suka bersosial dengan persekitaran.korang yang ingin mendampinginya perlu sporting.dan rileks.tak boleh cemburu berlebihan.korang perlu percayakan mereka dan yang penting,kena jadi diri sendiri kerana boyz yang suka memakai loafer ni paling tidak suka gurlz yang gemar berpura-pura.

OKFORD
-down to earth atau merendah diri dan old fashion sikit.he ..he..tapi jangan panggil boyz seperti ini kuno kerana mereka ni sangat berfikiran terbuka dan cukup up to date dengan berita terkini tau.memang seronok berbual dengan mereka ni.ada ada saja topik hangat yang akan dibicarakan.mana-mana gurlz yang ingin berdampingan dengan boyz ni mestilah selalu membaca ok!!"bilakah malaysia merdeka?"jawab jangan tak jawab ya.biarkan si dia tertarik dengan kebijaksanaan korang.selain itu,apa yang dimaksudkan dengan old fashion dan down to earth bermakna si dia adalah boyz yang simple dan tidak suka membangga-banggakan diri.

BOOTS
-guyz yang memakai boots pula,mereka ini umumnya aktif dan mempunyai pelbagai aktiviti.tak percaya?cuba tengok boots yang mereka pakai..apa yang perlu korang tahu mengenai guyz seperti ini,mereka sangat susah untuk didampingi kerana terlalu sibuk,tetapi jangan bimbang kerana mereka ini seorang yang gentlemen yang sentiasa melindungi gurlz dihati mereka.tapi,yang tak bestnya ego mereka agak tinggi dan cukup menebal.so,korang dah bersiap sedia ke untuk berhadapan dengan keegoaannya itu??well,jangan awal-awal je cakap sanggup.kesudahannya korang juga yang menyesal.!!
apapun kesukaannya,apapun yang dipakai olehnya,terima sajalah hakikat bahwa itu minatnya.jangan terlalu mengongkong or memarahi mereka.diaorang tak suka ok dengan gurlz yang bersikap macam ni.bukan semua boyz bersikap macam apa yang saya cakapkan,mungkin ada sesetengah saja.^___^

