Thursday, March 11, 2021

RINDU AKU RINDU

Rindu aku rindu,
Rindu pada dia yang jauh,
Sudah lama tidak bertemu,
Sudah hampir setahun kita tidak bertemu,

Hanya mampu menatap wajahmu dari telefonku,
Tidak dapat melihat,
Tidak dapat berjalan denganmu seperti selalu,
Kerana kekanggan penyakit yang tidak kunjung mahu pergi,

Kutitipkan doa buatmu setiap hari,
Agar kau sihat selalu bersama keluarga tercinta,
Moga suatu saat bila wabak ini telah pergi kita dapat tersenyum bersama setiap hari.

Tuesday, February 9, 2021

TERGANTUNG SEPI

Tergantung sepi,
Umpama tali yang mengikat leherku,
Semakin hari semakin menjerut leherku,
Membuatku rasa ingin mati,

Mahu kulepaskan namun ikatannya makin kencang,
Membuat aku berfikir,
Masih hidupkah aku? atau matikah aku?

Terlalu sulit, 
Terlalu sukar,
Hingga aku memerlukan bantuan,

Aku memanggil,
Namun tidak dihiraukan,
Mereka semua melihat,
Tapi tidak menolongku,
Hanya melihat dari kejauhan tanpa reaksi yang jelas,

Dunia ini bukan seperti duniaku,
Yang tidak mementingkan rasa kemanusiaan. 

PERJALANAN INI

Perjalanan ini masih panjang,
Membuat aku ingin berlari namun,
Kakiku lumpuh tak berdaya,

Aku cuba berpaut namun aku lelah,
Semakin aku cuba semakin aku jauh,
Dari apa yang aku mahukan.

Aku lemah namun aku masih berusaha,
Ingin menggapai apa yang aku mahukan,

Tidak semudah yang aku jangkakan,
Banyak ranjau yang aku perlu lalui,
Banyak dugaan yang datang menghalangi,
Namun aku masih berharap ada sinar harapan buatku. 

Monday, February 8, 2021

Friday, January 15, 2021

RINDU

Rindu tapi aku tidak mampu ungkapkan,

Terlalu sakit untuk aku rasakan,

Mulut terkunci hati merintih,


Aku rindu dia,

Tapi dia tidak perdulikan aku,

Malah dia lebih perdulikan orang lain,

Lalu mengabaikanku,


Telah lama aku tidak bertemu,

Tidak sedikitpun dia mahu bertanya khabar ku,

Setiap saat aku masih menunggu,

Namun hampa dan kecewa,

Kerana dia masih tetap begitu. 




Copyright© All Rights Reserved kaulahsegalanya.blogspot.com