Tuesday, February 9, 2021

TERGANTUNG SEPI

Tergantung sepi,
Umpama tali yang mengikat leherku,
Semakin hari semakin menjerut leherku,
Membuatku rasa ingin mati,

Mahu kulepaskan namun ikatannya makin kencang,
Membuat aku berfikir,
Masih hidupkah aku? atau matikah aku?

Terlalu sulit, 
Terlalu sukar,
Hingga aku memerlukan bantuan,

Aku memanggil,
Namun tidak dihiraukan,
Mereka semua melihat,
Tapi tidak menolongku,
Hanya melihat dari kejauhan tanpa reaksi yang jelas,

Dunia ini bukan seperti duniaku,
Yang tidak mementingkan rasa kemanusiaan. 

PERJALANAN INI

Perjalanan ini masih panjang,
Membuat aku ingin berlari namun,
Kakiku lumpuh tak berdaya,

Aku cuba berpaut namun aku lelah,
Semakin aku cuba semakin aku jauh,
Dari apa yang aku mahukan.

Aku lemah namun aku masih berusaha,
Ingin menggapai apa yang aku mahukan,

Tidak semudah yang aku jangkakan,
Banyak ranjau yang aku perlu lalui,
Banyak dugaan yang datang menghalangi,
Namun aku masih berharap ada sinar harapan buatku. 

Monday, February 8, 2021

Copyright© All Rights Reserved kaulahsegalanya.blogspot.com