Saturday, June 4, 2011

SUARA


ASALAMUALAIKUM

Korang bace tajuk atas pon korang mesti dah tau ape yang aq nak kongsikan dengan korang.ape-ape pon kita patut bertuah dilahirkan kak malaysia walaupon negara kita tak sebesar mana pon..berbanding dengan negara-negara yg beriklim khatulistiwa yg lain..negara kita udaranya sentiase lembab dan tidak mengalami kekeringan yg boleh memudaratkan suara...tak lah macam negara-negara yg panas atau sejuk tu..mungkin mereka ada mengalami masalah pada suara mereka..biasa suara yg sedap dan merdu dimiliki oleh para qari atau qariah.penyanyi dan juga mereka yg gunakan suare untuk punca pendapatan..tapi sekarang semua orang digalakkan jaga suara sebab kita perlu pastikan tahap kesihatan vokal kita berada di paras optimum.

TAPI ada juga sebahagian individu yang akan mengalami masalah di tekak setiap kali bangun daripada tidur. semua ni kadang-kadang adalah normal kerana kebanyakan mereka menghasilkan sejenis asid yang dipanggil asid refluks yang dikeluarkan semasa kita tidur dalam bentuk sendawa. Tetapi, kalau tak dijaga dengan baik, mungkin akan menyebabkan masalah sakit tekak pulak jika kita terlalu banyak menggunakan suara seperti menyanyi dengan terlampau tinggi dan kuat dengan jangka masa yang lama. So korang kena lah mahal-mahalkan suara korang lepas ni.:P
Penderaan suara sebegini harus kita elakkan dengan cara menjaga suara dan mengamalkan petua yang boleh merehatkan suara dan kita perlu malah wajib mengamalkan petua yang boleh merehatkan suara dan tekak. Apabila rasa sakit mula terjadi , anda disarankan supaya merehatkan suara secara perlahan, pulihkan suara dengan melakukan latihan
humming dan juga bubbling. Jika kerap terasa perit ketika bangun tidur, kita tidak perlu risau kerana ia akan pulih secara semulajadi beberapa jam kemudian.

20 TIP PENJAGAAN SUARA




Bagi korang yang suke menyanyi atau bercita-cita nak jadi penyanyi  dan ape-ape sekali pon.Nie ade tip untuk korang semua,walaupon maklumat ini tak seberape pon bagi korang,tapi bace jew lah ye.:D
                                                                                  
1.sentiasa melakukan senaman seperti berenang

2.minumlah air masak sekurang-kurangnya lapan sehingga 10 gelas
3.elakkan merokok atau menghidu asap rokok
4.kurangkan bercakap banyak untuk merehatkan suara

5.tidur secara konsisten dan mencukupi
6.jika demam,elakkan daripada menyanyi

7.elakkan daripada menjerit
8.ambil vitamin tambahan
9.elakkan makan berasaskan tenusu,pedas dan masin
10.kurangkan minuman berkafein
11.elakkan bercakap terlalu banyak sebelum menyanyi
12.binalah stamina secara perlahan melalui latihan suara dan senaman
13.lakukan latihan memanaskan suara setiap kali sebelum menyanyi
14.berlatih dengan lagu yang sukar terlebih dahulu
15.lebihkan latihan pada bahagian yang sukar,tidak perlu menyanyi sebuah lagu berulang kali

16.lakukan latihan jika ada waktu kelapangan practise made perfect 
17.kurangkan pengambilan coklat
18.amalkan meminum madu asli setiap kali selepas bangun daripada tidur di waktu pagi
19.latih suara dengan menjerit di dalam bekas yang berisi air
20.mengamalkan minum air asam jawa buatan sendri


PETUA MILIKI SUARA MERDU

-nie ade sedikit petua untuk korang:D

1.sediakan dua biji limau nipis yang dibelah kepada empat bahagian
2.perahkan jus limau nipis ke dalam cawan.
3.tambahkan sedikit garam dan kapur ke dalam cawan tersebut
4.campurkan pula satu sudu makan madu lebah asli
5.kacau sebati bahan-bahan tersebut dan minum sehingga habis

Amalkan petua ini seminggu sekali.Dengan izin daripada-NYA,suara akan dijaga dengan baik,dipelihara dan menjadikan suara lebih sedap selain dapat mengekalkan kemerduan suara.




Copyright© All Rights Reserved kaulahsegalanya.blogspot.com