semuannya telah berlalu pergi meninggalkan aku
tanpa sebuah kata pamitan
semuanya telah berlalu pergi meninggalkan aku
meninggalkan sebuah jurang kelukaan yang tersimpan dalam
mengapa semua ini perlu terjadi kepadaku
bukankah kau pernah berjanji
akan membuatku tersenyum
tanpa membuat secalit kelukaan untukku
apakah kau lupa dengan semua janji-janji manismu
yang terucap ketika kau masih menyayangiku
apakah kau lupa dengan semua mimpi-mimpi indah
yang kita lakarkan menjadi sebuah kenangan
kau pergi meninggalkan aku
karna adanya seorang insan
yang hanya bisa menaburkan sebuah kelukaan
yang membuatku merintih siang dan malam
sungguh ku tak menyangka semua ini berlaku padaku
sungguh tak ku sangka kau memilih dia berbanding aku
mungkin semuanya telah menjadi suratan
yang tercatatkan tanpa pengetahuan akal dan fikiran ku.

