korang tau apa itu kasih sayang.hurrm mestilah taukan.kasih sayang adalah perasaan yang wujud dalam diri kita.perasaan ini wujud dengan sendirinya tanpa paksaan untuk seseorang yang kita hargai atau mungkin kita sayangi.so hargailah apa itu kasih sayang sebab perasaan ini sukar untuk ditukar ganti walau dengan harta setinggi gunung sekalipun.:)ni
JANUARI
-mudah jatuh cinta,tetapi juga mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati
-sukar setia dan pandai mengambil hati tapi mudah melukai pasangannya.
-selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya dan bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
-mempunyai sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya dan akan menjadi bakal bapa atau ibu yang penyayang
FEBRUARI
-sukar untuk jatuh cinta tapi mudah untuk mengkhianatinya.
-hormat kepada pasangan,suka memikat pasangan,jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
-sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya dan sangat romantik dan selalu menjaga hati pasangan.
-kurang beremosi terhadap pasangannya dan amat menjaga penampilan diri.
MAC
-mudah menawan hati pasangannya,sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya,sangat pemalu dalam meluahkan isi hati dan sangat baik dalam menjaga perhubungan.
-amat sukar melupakan pasangan yang dicintai,mempunyai perasaan cemburu yang minimum.
-sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya dan mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
-sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan dan berprasangka terhadap pasangannya
APRIL
-memendam perasaan,malu untuk meluahkan isi hati,ingin diberi perhatian,cemburu dalam perhubungan dan kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
-emosi cepat terusik dan mudah terluka,sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
-romantik,sukar melupakan pasangan walaupun dilukai dan sukar berlaku curang.
-kebanyakan orang yang lahir dalam bulan ini boleh dianggap 'hamba cinta'seperti laila,juliet,siti zulaikha.
MEI
-mudah jatuh cinta,jujur dalam perhubungan dan pandai menarik hati pasangan.
-mempunyai perasaan cinta yang mendalam dan mudah dipujuk.
-mudah menerima cinta,kurang suka untuk sentiasa bersama dam pilihan yang tepat dalam memilih pasangan.
-nekad untuk menjaga hubungan yang baik,bukan queen control atau king control,suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan..
-sentiasa dahagakan kasih sayang dan mengambil berat dalam menjaga hubungan.
JUN
-pandai menjaga hati pasangan sekirannya dia perempuan,sukar melukai dan memahami hati pasangan.
-mudah jatuh hati tetapi terlalu memilih terlalu memilih dan cerewet dalam perhubungan.
-selalu beremosi,mudah merajuk dan mudah dipujuk,cepat rasa bosan dalam percintaan,kurang yakin dalam perhubungan.
-selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang,bakal menjadi ibu yang baik dan dahagakan pujian dari pasangan.
JULAI
-suka didampingi pasangan,sentiasa menjaga maruah diri pasangan dan perhubungan,mudah dipujuk dan berterus terang,menghargai kesetiaan pasangan.
-mengambil berat dan mengasihi pasangan,suka merajuk dan dipujuk,setia terhadap pasangan
-suka mendengar dan tidak suka membantah,cemburu terhadap pasangan.
OGOS
-tidak serius dalam perhubungan,mengambil mudah dalam perhubungan,kesetiaan diragui,pandai memujuk pasangan.
-romantik,pengasih dan penyayang,kelam kabut dalam perhubungan,sering bertukar pasangan,sukar mencari pilihan yang tepat.
-sangat sensitif dan tahap cemburu yang maksimum,mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenaan
SEPTEMBER
-bersopan dalam perhubungan,bertolak ansur terhadap pasangan,suka mengkritik pasangan,sangat prihatin terhadap pasangan.
-sangat sensitif dan emosi,pandai memahami pasangan,kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan,amat memilih pasangan.
-sukar melupakan sekiranya hati terluka,mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
OKTOBER
-suka berkomunikasi dengan pasangan,sopan terhadap pasangan,jujur dan jarang berpura-pura,mudah terluka hati,sukar menerima pandangan pasangan.
-emosi yang mudah terusik,pengasih dan penyayang terhadap pasangan,terlalu cemburu,romantik,memahami pasangan.
NOVEMBER
-banyak helah,cermat & teliti dalam hubungan,amat berahsia,degil,tidak suka dikongkong,mudah ambil berat,tidak menghargai perhubungan,tidak romantik langsung,perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.
-kurang menghargai pasangan dan hal-hal percintaan
-kurang bersama dengan pasangan.
DISEMBER
-pemurah tehadap perhubungan,mudah jatuh cinta dalam masa yang sama,tergesa-gesa dalam perhubungan,suka didampingi oleh pasangan,benci dikongkong
-berbakat untuk kahwin lebih dari satu(untuk lelaki)
-suka mempengaruhi pasangan,curang dalam percintaan,kurang kerjasama dengan pasangan,selalu cuba untuk mencari pasangan yang baru.
-mudah menipu dan tidak jujur terhadap pasangan.
ok.korang dah baca kan.jangan terlalu percaya dengan semua ni,kadang ada yang salah,kadang ada yang betul,saya buat ni semua hanya sebagai rujukan.ambil yang baik dan jadikan sebagai amalan dan cuba atasi segala keburukan.manusia sememangnya tidak sempurna kecuali tuhan yang maha berkuasa.
*sya yg mana ye..hehe adalah kan.nak tau je..semua mesti yg baik2 je.;)lalalala..sebenarnya sya krng percya dgn semua nie..sebab kasih sayang bagi saya sebuah ketulusan dan keikhlasan dari dalam diri.sebuah kebahagiaan x akn bisa wujud jika tidak ada kebersamaan dan kesabaran dlm menjalankan sebuah perhubungan.betul tak.so tak payah lah sedih kalau ada sebarang keburukan..smile..^__^

