Wednesday, July 24, 2013

SKETSA SEBUAH KEDUKAAN




hati terluka saat mengingati segala yang terjadi
tertawa tapi menangis tersenyum tapi merintih
menatap segala yang terjadi
berkhayal apa yang dinanti

sayang seribu kali sayang
hati mengatakan
mulut menindakkan
ego diagung-agungkan

segalanya berlalu dan berlalu
meninggalkan kata tanpa noktah
meninggalkan tanya yang tidak terungkai
pergi dan pergi
dimamah masa dan waktu yang berlalu

ku tetap disini
masih mencuba merungkai masalah yang terjadi
masih cuba mengatasi segala rintangan yang menghalangi
masih cuba tersenyum walaupun dugaan sentiasa menanti
masih cuba bersabar dengan segala yang terjadi.

kerana aku tau Allah sentiasa ada untuk hambanya
sentiasa ada menemani saat senang mahupun duka
Dialah yang sentiasa memberikan kekuatan kepadaku
untuk tidak berputus asa walaupun dugaan selalu menerpa kearahku.

Copyright© All Rights Reserved kaulahsegalanya.blogspot.com