Monday, September 12, 2011

MINAT ATAU TIDAK!!!




hye guy,aq nak tanyer korang pernah tak merasai perasaan yang macam ni,iaitu u all meminati seseorang dalam diam.mesti pernah kans..kalau tak bohonglah kalau tak pernah rasew kans..hati korang rase ingin mendekatinya tapi malu.malu-malu kucing gitu..haha sengal.. asal dapat memandang dari jauh sudah memadai tuk buad aty korang tersenyum kans..haha..baguss.tentu korang yang pernah merasai perasaan ini akan berfikir macamana pula pihak satu lagi, adakah dia juga meminati korang? Cuba bace bendew alah nie..

1. Memerhati Dalam Diam
Perasaan untuk mengenali seseorang sudah pasti wujud dalam diri lelaki mahu pun wanita. Kadang-kala perasaan ini datang dan pergi dengan sendirinya. Kebiasaannya, hal memerhatikan di dalam diam ini membawa kepada dua perkara, dia berani atau tidak menegur korang dan adakah hubungan ini dapat diteruskan atau tidak. Semuanya bergantung kepada keberaniannya.

2. Mula Menegur
Ini adalah langkah pertama dalam perkenalan bila seseorang itu berani menegur. Mungkin tegurannya nampak remeh dan korang rase pelik sikit, tetapi itulah cubaan untuk mengenali korang. Bagi korang yang diminati,korang mungkin boleh menjawab pertanyaannya dengan bersahaja, berbual dengan teruja dan sebagainya bergantung kepada sejauh mana anda mahu mengenalinya. Namun awas, jangan sesekali berkasar jika dia bertanya dengan lembut kerana menyakiti hati seseorang bermakna korang mencuba mencari musuh dengannya. Kadang-kala bila hati sakit, macam-macam boleh terjadikan..ini larh itu larh,kitew tak kan dapat agak..so mulut tu jage sikit yew..:)

3. Sentiasa Ingin Dekat
Biasanya, bila kita meminati seseorang, kita akan sentiasa cuba mendekatinya malah ada yang berani mengekori ke mana saja kita pergi. Perasaan ini sebenarnya normal kerana mahu memastikan orang yang diminatinya berada dalam keadaan selamat. Bagi korang pulak, janganlah berasa pelik jika didekati atau diekori dalam diam. Namun dalam masa yang sama,korang harus berwaspada kerana kita tidak mengetahui niat seseorang.Adalah lebih baik kalau korang berhati-hati dalam menangani hal ini.

4. Mengajak Keluar
Ini adalah langkah seterusnya bila korang meminati seseorang. Selain sikap ingin tahu yang mendalam,korang jugak mesti nak mengenalinya dengan lebih rapat kans. Tentu saja korang mahu mengajaknya keluar sambil bertukar-tukar cerita. Di sini anda perlu lebih berhati-hati. Bermacam-macam perkara buruk boleh berlaku apatah lagi si dia baru dikenali. Sebaiknya jika ingin keluar ambil pendekatan keluar ke tempat ramai orang dan jangan sesekali bersetuju mengikutnya balik ke rumah.omg...bahaye tu...

5. Sering Menelefon
Lumrah hati, apabila kita menyenangi seseorang biasanya kita ingin terus dekat kepadanya. Lantaran itu kita akan berusaha mendapatkan nombor telefonnya dan mahu berbual dengannya. Bila hati sudah suka, apa pun sanggup dilalui termasuklah bil telefon yang melambung tinggi.haha..kans biasew larh cinta kans bute...

6. Memilih Untuk Berkahwin
Tidak semua perkenalan diakhiri dengan perkahwinan jika anda tidak serius tentang hubungan ini. Ada sesetengahnya menyukai seseorang itu hanya sebagai kawan sahaja dan ada yang serius hingga ke jinjang pelamin. Bagi korang, pilihan itu ada di tangan sendiri. Jika betul die jodoh korang,apew lagi terime larh die kalau tak sebaliknyer larh yew...:D

ok guy korang dah bace kans...so betol kew tidak bende yang aq cakap nie..fikir larh sendiri yew...:D
Copyright© All Rights Reserved kaulahsegalanya.blogspot.com