Saturday, August 20, 2011

SYUKRAN!!!




syukran
aq bukan seorang pemuisi agung
cuma insan kerdil yang berpunya jiwa
namun ianya mati kerana calar semalam
mengutip kasih dihujung gerhana yang keciciran
hidup bertemankan sepi
seperti menghukum diri sendiri
dimana nak kucari penawar terhiris
gelombang ini tajam menerjah naluri
aq akur andainya aq tersungkur

tapi biarlah di dada yang kalam
namun gerhana bukan sepanjang jalan
kerana aq bukan bersendirian
syukran itu yang kunoktahkan di hati
kuukir dari jiwa yang suci
namun kasihku makin jauh
bersepah aq mengutip cinta ini
temanlah aq dalam kegelapan yang payah
sayanggilah aq seperti lembutnya sekeping hati suci
cintai aq tulus jiwa lelakimu yang berhidayah
syukran itu yang kuikat di hati
syukran itu yang ingin kumiliki
biar kau mengerti puisi yang kutulis
kekal sebagai janji abadi
andainya aq masih jadi manusia penyepi
itu bukan bererti aq tak pandai meghargai
cuma aq keliru,kisah silam yang menikam jiwa ini
syukran,syukran tapi aq tidak layak untuk dihargai
Copyright© All Rights Reserved kaulahsegalanya.blogspot.com